Monday, July 7, 2008

Rasa Redha Menghilangkan Kesedihan

Dalam sebuah hadith, Rasulullah telah bersabda:
Kami tidak akan mengatakan, kecuali perkataan yang diredhai Tuhan kami.

Sesungguhnya anda mempunyai satu tugas yang suci, iaitu tunduk dan pasrah bila sesuatu yang ditaqdirkan untuk anda telah datang, supaya anda dapat meraih manfaat dan akibat yang baik darinya. Dengan redha terhadap taqdir, anda akan selamat dari malapetaka saat ini dan kerugian pada masa yang akan datang.

Seorang penyair mengatakan:

Ketika kulihat uban
Telah mulai menghiasi cambang dan kepalaku
Aku katakan kepadanya:”Selamat Datang!”
Seandainya kutakut
Pasti tidak kuucapkan salam itu kepadanya
Walaupun aku mengusirnya
Bencana itu tidak mungkin menjauh dariku.
Namun, bila seseorang boleh menerima
Apa pun kejadian yang tak disenanginya
Maka pada suatu hari nanti
Bencan itu akan pergi dengan sendirinya .

Jangan Sampai Masalah Kecil Menhancurkan Hidup Anda

Ramai dikalangan manusia yang bersedih hanya kerana perkara2 kecil yang tidak bererti. Lihatlah orang2 munafiq; betapa rendahnya semangat dan tekad mereka. Berikut ini adalah perkataan2 mereka:
1) Janganlah kamu sekalian berangkat ( pergi perang ) di dalam panas terik ini.(At-Taubah: 81 )
2) Berilah kami izin ( tidak pergi berperang ) dan janganlah menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.(At-Taubah:49 )
3) Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipudaya.(Al-Ahzab: 12 )

Oleh kerana itu, tinggalkanlah perkara2 yang remeh dan tidak penting, janganlah sampai anda hanya disibukkan olehnya dan waktu anda dihabiskan kerananya! Dengan demikian, nescaya anda akan merasa sebahagian besar kesedihan anda selama ini lenyap dan yang tersisa hanyalah kesenangan dan kegembiraan.

Mengingati Allah Akan Mententeramkan

Kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Dan seorang pemandu Jalan tidak akan membohongi rombongannya. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih agung pahalanya selain berzikir kepada Allah. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: ”Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu….”(Al-Baqarah: 152)
Tidak menghairankan bila orang-orang yang selalu mengingat Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Itulah yang memang seharusnya terjadi. Ada pun yang sangat menghairankan adalah bagaimana orang-orang yang lalai dari berzikir kepada Allah itu justeru menyembah berhala-berhala dunia. Padahal…..
“( Berhala-berhala ) itu mati tidak hidup dan berhala-berhala itu tidak mengetahui bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan”( An-Nahl: 21 )

Berbuat Baik Kepada Orang Lain Akan Melapangkan Dada

Kebajikan itu sebaik, keramahan seramah wujudnya, dan kebaikan sebaik rasanya. Dan orang2 yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka ini, akan merasakan “buah”nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlaq dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.
Perbuatan baik itu laksana wewangian yang, tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang2 yang berada di sekitarnya. Dan menfaat psikologi dari kebajikan itu terasa seperti ubat2 mujarab yang dapat diperolehi di dalam hati orang2 yang berhati baik dan bersih.
Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini, merupakan bukti bahawa sang pemberi pahala adalah dzat yang maha pemaaf, Maha baik dan sangat mencintai kebajikan, serta maha kaya lagi maha terpuji.

Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :”Sesuatu yang telah ditentukan oleh allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegarakan”.(An-Nahl: ayat1)
Oleh kerana itu, janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi! Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba; belum berwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna. Lalu, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok. Jadi biarkan hari esok datang dengan sendirinya; janganlah anda menanyakan khabar beritanya, dan janganlah pula anda menunggu waktu itu.

Hari Ini Milik Anda

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempetan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.
Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini saja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga..
Dengan demikian, hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, tugs-tugas, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa bersyukur.
Allah S.W.T berfirman yg bermaksud :”Terimalah semua yang telah allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang2 yang bersyukur”.( Al-A’raf: 144 )